14Sept one step closer

14 September 2013.

Tarikh biasa bagi mereka.
Tidak bagi aku.
Tarikh ini aku dirisik.
Untuk menjadi suri hidupnya.

Seluruh keluarga di kampung,
Sanggup datang KL membantu,
Maklumlah, cuma kami kami sahaja disini.

Meriah rumah ini buat seketika.
Sudah terlalu lama rumah ni sunyi.
Terlalu lama.
Mungkin belum pernah semeriah kali ini.

Aku bersiap ala kadar,
Merapikan rambut kerintingku,
Berbedak sedikit.
Berbaju kurung hitam.
Biar sepadan dengan semua.

Ibubapa dan pakcik makcinya hadir,
Membincang entah apa,
Aku dibilik menahan debar.
Entah debarkan apa.

Terdengar suara mama memanggil keluar,
Maka aku keluar.
Mamanya keluarkan cincin dari bekas kotak cantik,
Aku kaku.
Tangan manakah?
Kiri atau kanan?
Makciknya mungkin dapat tangkap perasaan aku,
"Kiri" perlahan suaranya.
Zapp sekali sarung sahaja masuk ke jari manis.
Mestilah, aku yang memcubanya sebelum beli.

Alhamdulillah.
Tarikh tunang sudah ditetap.
Semua setuju.

Disini, ingin aku sampaikan sesuatu.
Aku memulakan tahun ini dengan kosong.
Kosong dijiwa.
Kosong dijari.
Kosong dihati.
Benar, aku berdoa ditemukan jodoh.
Mungkin, salah satu doaku ketika hujan, didengar..
Aku mungkin pernah memberikan harapan buat satu dari kalian.
Aku mungkin pernah menyukai satu dari kalian.
Atau mungkin pernah jatuh cinta dengan satu dari kalian.
Tapi.. 
Dia membuka mata aku.
Aku tak perlu berubah.
Aku tak perlu malu dengan diri.
Aku tak perlu hipokrit.
Aku tak perlu selalu cantik.
Atau aku tak perlu mencuba.
Untuk membuat orang suka pada diriku.
Aku cuma perlu jadi aku.
Dia jatuh cinta.
Pada saat aku paling paling paling dalam keadaan buruk.

He loves me at my worst.
What can i say more?
He's a keeper.

Dear friends,
If you follow me in here since 4 years ago.
You'll know how crash i was.
How dark my world is.
How sad my heart be.
Please, pray for my happiness.
Let me be happy.
Even for awhile.


P/s: ill upload my picture in next post. I write too much this time. LOL

No comments:

Post a Comment

Excited

Hello. It's February huh? i wont say it's fast or slow cause i felt my time kinda freeze. The only thing that makes me realize that ...