Aku perempuan yang dah dibiasakan dengan kekerasan.
Kata kata maki itu makanan.
Penumbok terajang itu biasa bagi aku.
Kalau rambut aku pendek,
Maka kalian boleh gelar aku pengkid berjaya.
Kata mama,
Biar nampak keras, orang tak pijak.
Kata ayah,
Luar biar keras, dalam mesti lembut.
Aku tak liar. Aku tak berparti.
Aku tak teguk arak. Aku bukan penagih.
Kerasnya luaran aku.
Hati aku nampaknya tak seiring.
Kalau suka, masih didiamkan.
Ya, masih percaya prinsip perigi cari timba tu memalukan.
Taboo sungguh kata depp.
Aku tak mencari.
Bagi aku biarlah datang dengan sendiri.
Tapi kalau yang datang untuk menguji,
Minta dijauhkan.
Aku tak perlu itu.
Kata fynn,
Para suami untuk perempuan macam ni
Sangat beruntung.
Kerana segala yang terbaik,
Hanya untuk suaminya.
I hope so.
I hope so.
Inshallah.
No comments:
Post a Comment