Day 16

Rasa ni semacam pelik.
Sakit pedih sedih pilu terperanjat bercampur.
Jadi apa patut aku gelarkan?
Umi pergi tak balik lagi.
Aku belum mampu terima.
Mungkin umi pergi korea saja.
Terpikat dengan woobin tak mau balik.
Mungkin benar kalau aku tak nampak jenazah umi haritu.
Mungkin benar kalau aku tak cium umi kali terakhir haritu.
Mungkin benar kalau aku tak hantar umi ke kubur haritu.
Siapa nak masakkan makanan sedap untuk aku sekarang?
Siapa aku nak bercerita pasal drama korea terbaru?
Siapa aku nak tanya pasal seni sekarang?
Siapa nak tolong masa hari perkahwinan aku nanti?
Aku dah penat menangis mengenang nasib.
Aku dah penat ketawa tak percaya.
Aku dah penat menahan airmata dari gugur.
Aku dah penat jadi normal depan korang.

Jadi, apa patut aku gelarkan perasaan aku sekarang?
Terlalu sedih.
Terlalu hiba.
Terlalu pedih.
Terlalu perit.
Terlalu berat.
Terlalu patah hati.
Terlalu kecewa.
Terlalu sayang..
Pada umi yang satu..
Cuma satu..

Ya Allah, peliharalah umi di sana.
Terangi kubur umi sebab umi takut gelap.
Lapangkan kubur umi.
Gembirakan umi yang jarang gembira semasa hayatnya.
Sampaikan rinduku pada umi..

No comments:

Post a Comment

Excited

Hello. It's February huh? i wont say it's fast or slow cause i felt my time kinda freeze. The only thing that makes me realize that ...