Nampaknya bukan milik aku.
Berjuta maaf ku utus padanya.
Kerana aku meminjam kebahagiaannya buat seketika.
Aku tahu, aku pentingkan diri.
Maaf. Aku terlalu ingin tahu makna bahagia.
Bagi aku,
Bahagia itu cuma apabila melangkah ke kinokuniya.
Atau makan makanan yang sedap di dunia.
Atau first time main game yang aku terror.
Tapi dia,
Tunjukkan aku bahagia sebenar.
Tanpa perlu mencuba,
Bahagia datang dengan sendiri.
Pernah tak kau cuma rasa bahagia bila pandang muka seseorang?
8 jam.
Terima kasih untuk 8 jam ini.
Aku tahu,
Bahagia bukan milik kita.
Aku sedar dan tahu.
Tak perlu dibilang selalu.
Aku sudah terlalu selalu pandang tempat aku berpijak.
Tempat aku sentiasa disini.
Aku tahu, aku diuji.
Untuk kali pertama, aku gembira dengan ujian ini.
Terima kasih tuhan.
Atas semua ini.
Now go.
Go back to her.
Go back to your family.
I had enough.
Its time for you to go back to where u belong.
Thank you for the memories.
No comments:
Post a Comment