Tapi nampaknya gagal.
Kerana emosi aku menguasai tanganku untuk terus gigih mengelap airmata.
Namun hari ini.
Aku sedikit kuat dari sebelumnya.
Mungkin meminjam semangat tunangku yang gigih menahan sebak setiap kali melihat aku gila.
Pada 040412014,
Umi yang disayangi selalu telah kembali ke pangkuan Ilahi.
Untuk yang tidak mengetahui siapa umi.
Umi adalah makcik ku. Tapi sebenarnya lebih kepada mama ke 2 untuk kami.
Aku baru pulang dari trip bandung dengan umi and mama beberapa hari sebelum tu.
She's so happy at that moment. Sangat happy.
Aku sebenarnya terkilan kerana aku tidak merasa yang umi akan pergi jauh. Jauh sekali.
Kali terakhir aku berjumpa umi dengan senyuman di bibir dan bermuka mesra bila kami berpisah di KLIA 29/3/2014. Umi pulang ke melaka. Aku and mama pulang ke rumah di KL.
Kerana apabila aku berjumpa semula dengan umi pada 03/04/2014, umi tidak lagi tersenyum kerana mulutnya dimasukkan tiub sebesar batang paip. Kaki umi putih tidak berdarah dan aku terlalu takut untuk menyentuh kakinya. Bukan takut kerana takut tapi takut untuk menerima hakikat yang umi tidak akan lama. Matanya terkatup tapi nafasnya naik tinggi.
Masih tergiang bunyi mesin jantung yang kerap berbunyi seperti kecemasan. Terlalu kerap untuk 10 jam. Benar, umi bertarung untuk 10 jam.
Bergilir2 kami membaca surah yaasin. Bergilir2 ayah umi, pokde, pakcu, pakcik membisikkan kalimah syahadah di telinga umi yang koma.
Tepat pukul 9:15am pada 04042014 di hari jumaat yang mulia.
doktor menyuruh seluruh keluarga masuk ke ruangan ICU.
Kami disuruh menunggu. Doktor datang lagi pada pukul 9:30am, seperti dalam drama.. Doktor cina berbadan kurus kering dan sedikit pendek dari lelaki normal, menyentuh bahu suami umi dan berkata 'im sorry but she cant make it'
Aku seperti kabur sekejap mendengar itu. Aku lihat mama sudah berlari keluar. Farah farish dan nabihah serta bapak mereka berpelukkan menangis meraung meratap. Setiap ahli keluarga menangisi.
Aku ke bilik ICU umi dan melihat para doktor serta nurse membuka setiap peralatan yang bagi aku cuma sampah kerana tidak dapat menyelamatkan umi. Aku melihat jauh ke muka umi. Dan dadanya.
Dengan harapan jantung umi akan kembali berdegup, umi mati dan hidup semula.. Aku berdoa kepada tuhan untuk tunjukkan kekuasaanNYa menghidupkan yang mati. Tapi nampaknya doa yang satu itu tidak dilayan. Umi kekal kaku sebegitu.
Aku keluar dengan langkah seperti orang mabuk dan aku nampak mama menangis teruk di sudut dinding. Pokde juga begitu. Aku duduk di sebelah mama dan menyuruh mama pergi lihat umi di dalam. Mama akur. Aku di situ menangis. Aku ambil telefon dan mendail satu nombor yang kukira boleh meredakan sedih aku.. Tapi jujur aku hampa. Tak apa lah.. Bukan kau yang rasa.
Tunang aku seperti hero datang dan duduk di sebelah, meredakan aku. Saat itu, aku tau. Aku cuma ada dia sahaja. Okla tu.
Umi akan dikebumikan di sebelah keluarga suaminya di Gangsa,melaka.
Kami akan ke sana selepas mandi dan tukar baju, oh ya kami tidak tidur semalaman. Aku cuma terlelap bila sudah siang. Umi akan di mandikan di hospital selepas post mortem.
Apabila aku sampai di rumah sebelah suaminya, aku lihat umi terbaring seperti pocong.
Muka belum dibuka. Bertoncet tinggi. Berbungkus kapan lengkap dan ada kain batik lepas dari pinggang ke kaki. Aku seakan tak percaya itu umi aku.
Mungkin ini cuma mimpi aku. Mimpi sedih yang panjang.
Kemudian ramai datang membacakan yaasin. Kedudukan aku di sekitar kepala umi. Aku membaca yaasin dengan sangat tidak khusyuk kerana asyik menangis. Astagfirullah..
Tapi saat aku membaca ayat 'kun fayakun' sekali lagi aku berharap Allah membangunkan umi. Tak apalah kalau semua lari. Aku pasti akan memeluk umi, pasti..
Tapi itu tetap tak berlaku. Aku mula fikirkan sesuatu yang lebih tidak rasional seperti kucing hitam melompat dan umi bangun. Beberapa kali aku menjeling rumah untuk melihat ada kucing hitam atau tak. Aku juga kerap menjeling bahagian dada umi, mana tahu umi akan tiba tiba bernafas.
Kerana aku tidak mahu menerima hakikat yang umi tiada lagi.
Bila muka umi dibuka, aku mama makyang mokde menangis lagi.
Bukan kerana umi menakutkan tapi umi nampak macam tidur."umi bangunlahhh"
Bila giliran aku mencium umi, aku sempat bisikkan di telinga umi,
'Umi, jumpa lagi, la syg umi'
Dan itulah kali terakhir di dunia ini aku berjumpa umiku.
Aku teramat sayangkan umi. Sangat sangat.
Kebetulan, aku selalu mendengar lagu come back home dari 2ne1.
Selepas umi meninggal, lagu tu tiba2 je jadi lagu yang sedih especially part
"Come back home, can you come back home?"
Aku sedih sebab umi takkan balik lagi..
Aku minta kalian mendoakan untuk umiku Surayah binti Hj Ismail supaya umi gembira di sisi Allah.
Umi, jaga diri. Nanti kita jumpa. La cerita pasal korea drama yang umi tak sempat tengok habis ni.
I love u umi.
No comments:
Post a Comment